Hulu Kelang, 11 April – Sebanyak 23 buah syarikat produksi tempatan dengan 30 judul filem menerima Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi suku pertama tahun 2017 di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS hari ini.

Penyerahan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) untuk suku pertama tahun 2017 kali ini berjumlah RM 1.69 juta diberikan kepada 23 buah syarikat produksi filem tempatan di Malaysia yang menerbitkan 30 filem cereka yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS ketika berucap di majlis tersebut berkata ,’ITFC merupakan inisiatif kerajaan melalui FINAS di dalam memacu pembangunan industri filem melalui galakan dan suntikan kewangan kepada penerbit filem tempatan sekaligus sebagai pemangkin kepada para penerbit bagi menghasilkan filem berkualiti untuk pasaran domestik dan seterusnya dipasarkan ke peringkat antarabangsa”.

Program ini turut dihadiri Dato’ Jurey Latiff, Penasihat FINAS, En. Zahrin Aris, Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, En. Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Ab.Wahab, Pengarah Pembangunan Industri, para penerbit filem dan pihak media.

SENARAI 23 SYARIKAT PRODUKSI TEMPATAN YANG MENERIMA ITFC.

PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan

LES’ COPAQUE PRODUCTION SDN BHD
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

ASTRO SHAW SDN BHD
Alif Dalam 7 Dimensi
Dukun Doktor Dani

SKOP PRODUCTIONS SDN BHD
Desolasi

MIG PICTURES SDN BHD
Love Form Kampung (Mandarin)
Dorm Melati

KARYASENI PRODUCTION SDN BHD
Suami Aku Ustaz

FiTA STUDIOS SDN BHD
Anak Mami Nasi Kandaq
Soulmate… Hingga Jannah

APPARAT SDN BHD
Interchange

AiFA MOTION PICTURES SDN BHD
Mat Moto Otai

WHITE MERPATI ENTERTAINMENT SDN BHD
Darah Panas
Radhi Rudi Bin Dadu

KINGDOM WORKS SDN BHD
Love Endures (Mandarin)

YKS FILM MAKER SDN BHD
Gangsterock Kasi Sengat

PENCIL PICTURES AND RECORDS SDN BHD
Bopeng

RAINFILM SDN BHD
Apartment

TOUCHTRONICS ENTERTAINMENT SDN BHD
Warna Cinta Impian

FULL BILLION ENTERTAINMENT SDN BHD
Happy Birth Death (Mandarin)

NATION FILM STUDIOS SDN BHD
Chowrasta

GOLDEN PEACOCK FLM PRODUCTIONS SDN BHD
Maravan (Tamil)

HEART AND SOUL SDN BHD
Pontianak Menangis

MAHLIGAI MASYHUR SDN BHD
Hold Me Tight (Mandarin)
Courage To Dream (Mandarin)

RK VISION SDN BHD
Perjanjian Syaitan
Cendol : Kepada Allah Aku Berserah

SHEUNIK SDN BHD
Kastil Tua
Ciliwung Gudnite

MANJA CITRA SDN BHD
Mawar Putih

© 2017 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.