Taiping, 7 Mei – Di dalam inisiatif pembangunan modal insan dan sinergi ilmu karyawan industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia telah menganjurkan Bengkel Skrin Lakonan yang telah diadakan bermula 2 Mei sehingga 6 Mei 2018.

Bengkel selama 5 hari ini dilaksanakan di Taiping, Perak disertai oleh 16 orang peserta sekitar Taiping. Bengkel ini dikendalikan oleh penggiat industri yang berpengalaman iaitu Encik Othman Hafsham, Encik Yusof Mohammad dan Puan Shahriza Mahmood.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Zulkurnanin Hassan, Ketua Wilayah FINAS Zon Utara. Majlis juga turut dihadiri Leftenan Kolonel (K) Rozaidi Jamil, Presiden Seniman Malaysia, Presiden-presiden persatuan perfileman, para penggiat seni, tenaga pengajar bengkel dan peserta bengkel.