Kota Kinabalu, 30 Ogos – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) dan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Univesiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Teknik Kamera Video selama 5 hari dari 26-30 Ogos 2018 dengan majlis penutup dan penyampaian sijil yang telah diadakan di UMS hari ini.

Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi pendedahan kepada 20 orang peserta mengenai teori, teknik dan integrasi kemahiran bagi ‘cinematic & visual storytelling’ melalui eksplorasi kamera video di bawah bimbingan karyawan dan pengarah En. Khalid Sulaiman.

Hadir pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil adalah YBhg. Datuk Deddy M. Borhan, Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Encik Mohamad Amir Izuan, Penolong Pegawai Penguatkuasa FINAS, Cawangan Sabah, Dr. Zairul Anwar Md Dawam, Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan peserta-peserta bengkel.