Kota Kinabalu, 14 September – Bagi meningkatkan kemahiran modal insan dalam industri kreatif tanah air, satu Program Negaraku:Kreativiti@Komuniti (Program K@K) anjuran KKMM dengan kerjasama FINAS dan UMS telah menganjurkan Bengkel Pengarahan & Penerbitan bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan serta peluang kepada peserta untuk mendalami ilmu pengarahan bersama tenaga pengajar jemputan Ghaz Abu Bakar, yang juga seorang Pengarah Filem Box Office Polis Evo, Pekin Ibrahim; Pelakon Lelaki Terbaik FFM 28, dan Raja Mukriz Raja Ahmad Kamaruddin; Sinematografi Terbaik FFM 23. Bengkel yang disertai 428 peserta terdiri daripada para pelajar Universiti Malaysia Sabah, pelajar Sabah Animation Creative Content (SAC3), dan para penggiat industri tempatan ini berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir esok.