16 Jun 2016 – Center Of Excellence (COE), FINAS telah mengadakan satu lawatan ke Universiti Kreatif Lim Kok Wing (LUCT), Cyberjaya yang merupakan sebuah institusi pengajian bertaraf antarabangsa dalam bidang industri kreatif dan inovatif. Lawatan strategik ini bertujuan meneroka potensi sinergi industri dan platform kerjasama dengan transformasi FINAS melalui penubuhan COE bagi membangunkan industri kandungan kreatif negara yang turut dijangka memberi impak positif dari konteks pembangunan sosio ekonomi industri. Justeru, potensi kerjasama dengan pihak LUCT khususnya di dalam penghasilan medium kandungan kreatif melalui penjanaan sistem kandungan digital audio vidual dan pengarkiban ditawarkan oleh COE FINAS ini berupaya menghasilkan produk bercirikan kenegaraan dan kebudayaan yang berkualiti tinggi. Selain daripada itu, perbincangan dua hala bersama pengasas LUCT, Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing ialah berkaitan komponen pelan pembangunan dan penciptaan kandungan (content creation and training) yang menjadi manifestasi kepada usaha transformasi pembangunan industri kreatif melalui teras pemantapan kandungan dan kemahiran modal insan berkualiti tinggi.

FINAS telah diwakili oleh Pengarah COE, YM Raja Mohammad ‘Adhzim Raja Ahmad, Ketua Unit dan Pegawai dari Unit Projek khas, Unit Arkib Pendigitalan dan Unit Mediatheque diiringi oleh Timb. Presiden Kanan Universiti Kreatif Lim Kok Wing, Dato’ Raja Aznil Raja Hashim yang turut sudi membawa dan melihat hasil kreativiti pelajar LUCT yang dipamerkan di bangunan Passive Green, Presidental Library, Branding Gallery, Business Units/Wings, Sound & Music Studio, Library dan Computer Labs.mainlim__m lim1__m lim2__m lim3__m lim4__m lim5_m