Kecemerlangan bakat lakonan dua aktor handalan Malaysia, Bront Palarae dan Chew Kin Wah yang melebarkan sayap mereka di Indonesia terbukti menambat hati para juri di Festival Filem Tempo (FFT) 2017 apabila mereka berjaya menerima pencalonan di dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dengan Bront dicalonkan menerusi filem seram ‘remake’ yang mencetuskan fenomena, ‘Pengabdi Setan’ arahan Joko Anwar manakala Kin Wah yang pernah meraih anugerah Aktor Pembantu Pilihan melalui filem ‘Cek Toko Sebelah’ arahan Ernest Prakasa sebelum ini di ‘Indonesia Box Office Movie Awards’ tercalon sekali lagi menerusi peranan berkesannya menerusi filem tersebut.

Bergandingan bersama melalui filem komedi Indonesia pecah panggung, ‘My Stupid Boss’ sebelum ini, keputusan bagi kategori ini akan diumumkan pada Malam Anugerah yang akan berlangsung pada 27 November 2017 di XXI Epicentrum, Kuningan, Jakarta Selatan. Selain ‘Pengabdi Setan’ dan ‘Cek Toko Sebelah’, FFT turut disertai filem-filem hebat Indonesia seperti ‘Posesif’, ‘Marlina The Murderer in Four Acts’, ‘Kartini’ dan ‘Turah’, menggunakan sistem penjurian di mana para juri terdiri dari wartawan-wartawan Tempo selain dua juri undangan iaitu Seno Gumira Ajidarma dan Adrian Jonathan Pasaribu. Senarai penuh pencalonan FFT 2017 adalah seperti berikut:

1.Film Pilihan Tempo 2017
Marlina The Murderer in Four Acts
Turah
Posesif
The Seen and Unseen
Pengabdi Setan
Cek Toko Sebelah
2. Sutradara Pilihan Tempo 2017
Mouly Surya (Marlina and The Murderer in Four Acts)
Edwin (Posesif)
Kamila Andini (The Seen and Unseen)
Wicaksono Wisnu Legowo (Turah)
Joko Anwar (Pengabdi Setan)
3. Lakonlayar Pilihan Tempo 2017
Marlina The Murderer in Four Acts (Mouly Surya dan Rama Adi)
Turah (Wicaksono Wisnu Legowo)
Posesif (Gina S. Noer)
The Seen and Unseen (Kamila Andini)
Pengabdi Setan (Joko Anwar, Sisworo Gautama Putra)
Cek Toko Sebelah (Ernest Prakasa)
4. Aktor Utama Pilihan Tempo 2017
Egi Fedly (Marlina The Murderer in Four Acts)
Adipati Dolken (Posesif)
Ubaidillah (Turah)
Slamet Ambari (Turah)
Deddy Sutomo (Kartini)
5. Aktres Utama Pilihan Tempo 2017
Marsha Timothy (Marlina The Murderer in Four Acts)
Dian Sastrowardoyo (Kartini)
Tara Basro (Pengabdi Setan)
Putri Marino (Posesif)
Ayushita Nugraha (Bid’ah Cinta)
6. Aktor Pembantu Pilihan Tempo 2017
Chew Kinwah (Cek Toko Sebelah)
Fuad Idris (Bid’ah Cinta)
Bron Palarae (Pengabdi Setan)
Yayu Unru (Posesif)
Yono Daryono (Turah)
7. Aktres Pembantu Pilihan Tempo 2017
Dea Panendra (Marlina The Murderer in Four Acts)
Christine Hakim (Kartini)
Ayu Laksmi (Pengabdi Setan)
Djenar Maesa Ayu (Kartini)
Cut Mini (Posesif)
8. Pelakon Kanak-Kanak Pilihan Tempo 2017
Muh. Riziq (Turah)
Ni Kadek Thaly Titi Kasih (The Seen and Unseen)
Ida Bagus Putu Radithya Mahijasena (The Seen and Unseen)
Nasar Annuz (Pengabdi Setan)
Muhammad Adhiyat (Pengabdi Setan)