Image

{:en}Gallery{:}{:ms}Galeri{:}

Filem Melayu-Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang
9 tahun ago

Filem Melayu-Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang

Buku ini merupakan sumbangan terakhir Salleh Ghani (Allahyarham), yang julung kali dihasilkan oleh seorang pengarah tersohor demi melihat industri filem tempatan terus maju dan ianya diharapkan dapat menambahkan lagi bahan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh para penyelidik perfileman serta para ilmuan pada masa akan datang

Audio Untuk Filem dan Televisyen
9 tahun ago

Audio Untuk Filem dan Televisyen

Buku ini bertujuan memberi para pembaca satu gambaran secara keseluruhan mengenai audio filem dan juga televisyen, bermula dari rakaman di set lokasi sehingga ke peringkat stesen kerja audio digital. Buku ini memberi penelitian terhadap pelaksanakan kerja dalam pelbagai kategori yang wujud dalam pasca penerbitan.

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar
9 tahun ago

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar

Pada tanggal 8 Ogos 1925 bertempat di Pakalongan, Surabaya lahirnya seorang bintang, beliau diberi nama Abdul Azez Bin Satta. Pada usia meningkat 3 tahun beliau dibawa berlayar ke Singapura. Pada zaman persekolahan beliau juga pernah bekerja sebagai caddy golf, namun bakat beliau dalam seni mula dilihat ketika beliau berusia 11 tahun. Kemudian mulanya kisah seni apabila beliau mula bekerja di Studio MFP Jalan Ampas sebagai pengalih suara pada tahun 1952.

Top
Font Resize
Contrast