Hulu Kelang, 11 Ogos 2022 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah mengadakan sesi sinergi industri bersama pengarah filem ‘box office’, Filem Mat Kilau, En. Syamsul Yusof bersama pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Intipati perbincangan adalah menjurus kepada isu, cabaran dan penambahbaikan industri perfileman merangkumi aspek kawal selia ekosistem khususnya jenayah cetak rompak digital yang memberi impak negatif kepada kelestarian ekonomi, harta intelek dan produktiviti industri. Selain itu, perbincangan dua hala ini juga memberi fokus kepada galakan dan sokongan FINAS dalam aspek polisi, percukaian, dana, pelaburan, modal insan dan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif telah juga menerangkan tindakan-tindakan proaktif yang telah diambil oleh FINAS bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit oleh pihak penerbit seperti seperti pengoperasian Jawatankuasa Cetak Rompak yang diketuai oleh FINAS dengan koordinasi strategik bersama KPDNHEP dan agensi-agensi kerajaan yang lain. FINAS juga telah mengadakan bersama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan isu cukai hiburan, pembangunan industri filem dan sebagainya.

FINAS sentiasa bersifat terbuka untuk menerima cadangan daripada para pemegang taruh industri bagi bersama-sama memacu kecemerlangan industri berpandukan Akta 244 FINAS dan Dasar Perfileman Negara yang sedang dalam fasa pindaan dan penambahbaikan.

Turut hadir En. Panchacharam P.Nalliah, Presiden PFM, En, Zahrin Aris, CEO PFM serta pegawai-pegawai FINAS.

Shamsul Yusof 1

Shamsul Yusof 3

Shamsul Yusof 4