Sekalung tahniah buat dua buah filem cereka tempatan, ‘Roh’ arahan Emir Ezwan dan ‘Victim(s)’ arahan Layla Zhuqing Ji yang telah terpilih mewakili Malaysia dan bersaing bersama 36 buah filem antarabangsa yang lain (In Competition) di festival filem antarabangsa berprestij, 22nd Udine Far East Film Festival (FEFF22) yang akan berlangsung dari 26 Jun-4 Julai 2020 di Udine, Itali. Bakal diadakan buat pertama kalinya secara atas talian ekoran wabak Covid-19, filem seram thriller ‘Roh’ terbitan Kuman Pictures lakonan hebat Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron dan June Lojong ini terdahulunya tahun lalu telah menjadi ‘Official Selection’ di Singapore International Film Festival serta Jogja-NETPAC Asian Film Festival, Jogjakarta manakala filem drama ‘Victim(s)’ hasil kolaborasi penerbitan tiga buah negara iaitu Malaysia, Taiwan dan USA yang dibintangi Lu Huang, Kahoe Hon, Tan Hau Yen dan Remon Lim ini bakal ditayangkan sebagai ‘World Premiere’ pada edisi ke 22 tahun ini.

1

2

3

4