Sekitar karpet merah Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke 30 di Jepun dengan Malaysia diwakili Filem Terbaik #FFM29 ‘Adiwiraku’ bagi segmen Crosscut Asia dengan penampilan barisan pemenangnya, Cerita Asal Terbaik (Jason Chong), Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta Krishnasamy) dan Eric Ong selaku penerbit dan pengarah.

Delegasi Malaysia turut diwakili filem ‘Aqerat’ karya karyawan muda Edmund Yeo yang bersaing di dalam ‘Main Competition’ untuk merebut anugerah Tokyo Grand Prix. Turut hadir ialah pelakon dan pengarah, Sharifah Amani melalui penampilan istimewa beliau di dalam filem dokumentari ‘Yasmin-san’ yang juga merupakan karya Edmund bagi segmen Crosscut Asia.

Kredit Foto: @jasonchong.sol & @syazwanzakariah yang membuat liputan bagi HLive