YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama dengan delegasi FINAS dan MDEC di Festival MIPCOM, Cannes, Perancis, 2018.

MIPCOM merupakan sebuah pameran perdagangan antarabangsa dimana para penerbit/produser filem dan syarikat-syarikat produksi menjual dan membeli produksi untuk pasaran antarabangsa.

Diharap melalui lawatan kerja ini industri perfileman dan kreatif Malaysia dapat ditingkatkan ke pentas antarabangsa dan lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan demi mengukuhkan lagi industri pada masa akan datang.