Sekalung tahniah buat filem ‘Redha’ karya Pengarah Harapan FFM29, Tunku Mona Riza yang menerima pengiktirafan ‘Audience Choice Award’ di Luang Prabang Film Festival (LPFF), Laos yang berlangsung dari 8-14 Disember 2017. Ini merupakan kejayaan ke- 10 filem Redha di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2016 dan 2017.

Filem lakonan Nam Ron (Pelakon Lelaki Terbaik FFM29), June Lojong (Pelakon Wanita Harapan FFM29) , Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Adik Harith Hadziq (Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM29), Izzy Reef, Ruminah Sidek, Susan Lankester dan ramai lagi ini berinspirasikan kisah sebenar mengenai perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan keluarga di dalam membesarkan anak istimewa yang menghidap autisme.

#Redha
#LuangPrabangFilmFestival
#AudienceChoiceAward