Kuala Lumpur, 22 Ogos – Sekitar Tayangan Perdana Filem SANGKAR terbitan Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment. Filem SANGKAR arahan Kabir Bhatia ini memaparkan aksi sukan seni bela campuran (MMA) yang membariskan pelakon- pelakon seperti Zul Arifin, Remy Ishak, Mira Filzah dan ramai lagi. Filem ini juga akan mula ditayangkan di semua pawagam di seluruh negara pada 29 Ogos ini. Turut hadir YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, ahli- ahli perbadanan, rakan-rakan media dan para penggiat industri