Di dalam aspirasi pemerkasaan modal insan generasi muda khususnya di dalam sektor industri kreatif, FINAS terus membina jaringan dan sinergi industri melalui siri program pembangunan modal insan.Justeru, seramai 20 peserta daripada Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah menyertai Bengkel Pengendalian Kamera Video dan Suntingan anjuran Unit Latihan Industri FINAS dari 14-18 November 2017 dengan bimbingan tenaga pengajar, En.Abdul Khalid Sulaiman melalui pengisian modul interaktif bagi meningkatkan tahap pemahaman para peserta yang turut berjaya melunaskan penerbitan filem pendek ‘Aku Bukan Malaikat’ sebagai tugasan utama.