Kuala Lumpur, 28 April – YBhg. Tan Sri Haji Mhd Amin Nordin bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) di PWTC pagi tadi. Hampir 720 syarikat penerbitan termasuk pelbagai agensi dan jabatan serta FINAS turut menyertai pameran jualan buku kali ini.

Melalui program ini, FINAS mensasarkan perkongsian ilmu dalam bidang perfileman dan kandungan kreatif melalui bahan bacaan kepada masyarakat umum.

Selain pameran dan jualan buku, orang ramai boleh beramah mesra bersama artis jemputan di booth FINAS mulai 27 April lalu hingga 6 Mei nanti. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YBrs En. Abd Wahab Ibrahim, Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, wakil-wakil pempamer dan para jemputan.