Kuala Lumpur, 29 Mac – Sempena meraikan “Hari Filem Nasional Indonesia” yang disambut pada 30 Mac hingga 1 April 2017, Kedutaan Besar Republik Indonesia dengan sokongan BEKRAF (Badan Ekonomi Kreatif ), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Negeri Indonesia pada hari ini telah mengadakan tayangan filem berjudul ‘Demi Ucok’ di Cinematheque, Pitching Centre.

Tayangan filem ‘Demi Ucok’ karya Sammaria Simanjutak lakonan Geraldine Sianturi, Lina Marpaung (Mak Gondut), Saira Jihan dan Sunny Soon ini menonjolkan nuansa budaya Batak di dalam sebuah naratif segar mengenai konflik keluarga, pengorbanan dan rentas budaya yang kian dipinggirkan.

Tayangan filem di atas platform perkongsian budaya ini berjaya membina apresiasi sinema di kalangan penonton yang hadir di antaranya Prof Ari Purbayanto dari Atase Pendidikan dan Kebudayaan, Kedutaan Besar Republik Indonesia, para pelajar Indonesia dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur dan pihak media.