WhatsApp Image 2021-02-05 at 7.33.14 PM

Selaras dengan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara disamping ekonomi terus berdaya tahan, pelbagai inisiatif telah dijalankan dan terkini pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau ringkasnya PERMAI telah dilancarkan. Justeru itu, FINAS turut serta tampil dengan inisiatif kepada para penggiat industri dengan melaksanakan satu program Khas PELAKSANA Modal Insan Bengkel ‘Creativity Never Stops 2.0’ di mana individu & syarikat berlatarbelakangkan industri kandungan kreatif boleh memohon untuk menganjurkan bengkel secara dalam talian melibatkan kompenan-kompenan dalam bidang pre-produksi, produksi dan pasca produksi SECARA ONLINE bermula bulan Mac 2021.

Tempoh Permohonan : 5 – 19 FEBRUARI 2021

Ciri Perlaksanaan Bengkel :

i) Durasi 3 – 5 hari sahaja.
ii) Jumlah peserta: 10 – 20 orang sahaja.
iii) Format: Atas talian (Online)
iv) Bengkel hendaklah dilaksanakan bermula bulan Mac 2021
v) Tanggungjawab pemohon:
– Menyediakan modul latihan yang bersesuaian berdasarkan pecahan bidang yang berkaitan.
– Menyediakan dan memastikan penyertaan peserta bengkel seperti yang dinyatakan.
– Menghantar Laporan Bengkel bagi tujuan pembayaran akhir.

Permohonan lengkap bersama dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada pihak FINAS selewat-lewatnya pada 19 Februari 2021(Jumaat) pada jam 5.00 petang. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut. (Link Borang Permohonan Di Sini)

downloadicon

Creativity NeverStops FORM (doc)