Program Ihya Ramadhan minggu ini membawakan pengisian “Gagahkan Diri Beribadat” disampaikan oleh YBhg Ustaz Johani Ibrahim, Pencetus Ummah Musim Kedua di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang. Umat Islam disaran untuk memanfaatkan bulan yang mulia ini dalam mempertingkatkan ibadah selain berpuasa seperti memperbanyakkan bacaan quran, menunaikan solat teraweh, solat-solat sunat di sepertiga malam dan menjaga hubungan baik sesama insan. Peluang ini merupakan ganjaran terhebat yang diberikan Allah SWT dalam mengangkat martabat hamba-hambaNya.