Hulu Kelang, 14 Julai 2015 – Satu majlis penyerahan cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Samad Idris , Kompleks Studio Merdeka FINAS. Majlis yang dihadiri oleh para penerima insentif yang terdiri daripada 18 buah syarikat dan 29 filem telah berlangsung dengan jayanya.

Pemberian cek telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman kira-kira jam 3 petang diiringi oleh Encik Zulkifli Ab. Wahab, Pengarah Bahagian Area Office serta beberapa pegawai kanan FINAS. Majlis penyerahan cek diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua penerima.

Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman

Foto : Nur Shakira Bashaludin

UNIT MEDIA