“Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman”

Peneraju industri perfileman Malaysia bertaraf antarabangsa.

  • Memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat Antarabangsa
  • Memperkasakan perkhidmatan dan kemudahan yang cekap dan berkesan
  • Memperkasakan profesionalisme dalam kalangan pengiat industri
  • Meningkatkan sokongan, penontonan dan semangat mencintai filem tempatan
    • FINAS adalah singkatan daripada perkataan Filem Nasional Malaysia iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
    • Huruf “F” yang bergarisan jalur selari dan track yang meliuk adalah merupai suatu fenomena dalam kamera yang mengawal pembukaan dan penutupan aperture.
    • 14 bintang berbucu adalah gabungan 14 negeri dalam Malaysia yang merupakan gabungan kepakaran manusia dan kecanggihan peralatan bagi menghasilkan karya filem yang bermutu.
    • Susunan 14 bintang berbucu dalam bentuk bebola cahaya melambangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sebagai agensi yang menerangi industri perfileman.
    • FINAS berjalur 3 adalah bermaksud peranannya memaju dan mendorong 3 aktiviti utama dalam industri iaitu pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
    • Warna ungu gabungan 3 warna utama merah, kuning dan biru yang menghasilkan warna neutral, bererti memberi layanan saksama kepada mana-mana golongan penglibat industri.
    • Logo FINAS telah diinspirasikan oleh Cik Normah Nordin, bekas Penolong Pengarah Pembangunan FINAS yang kini merupakan aktivis seni dan tenaga pengajar lakonan.