Hulu Kelang, 6 Mei- Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS telah menerima kunjungan dari Astro Malaysia Holdings Berhad yang diketuai YBrs. En. Henry Tan Poh Hock, Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Khairul Salleh Anwar, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Kandungan Melayu dan Nusantara, Pn. Agnes Rozario, Naib Presiden Kandungan, Pn. Jastina Arshad, Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw Sdn. Bhd dan Pn. Laila Saat, Naib Presiden Pematuhan di FINAS Hulu Kelang. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri daripada perspektif penyiar, platform komunikasi strategik di antara FINAS dan Astro ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam membangunkan industri secara kolektif melalui fungsi strategik kedua-dua belah pihak.

1

2

3

4