Putrajaya, 26 Jun – Sekitar sesi kunjungan hormat YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama pegawai-pegawai FINAS di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program tersebut turut diteruskan dengan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) FINAS yang telah diadakan di Auditorium SPRM yang telah diketuai oleh YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS. Majlis yang turut berlangsung itu juga turut menyaksikan YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS menandatangani surat IBR mewakili pegawai-pegawai FINAS dan menyerahkan IBR tersebut kepada Timbalan Pesuruhjaya Tuan Ruslan Bin Tuan Mad, Pengarah Pendidikan Masyarakat, SPRM.
Hadir sama dalam majlis tersebut YBrs. Tn. Hj. Khalid Maulod, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal.