Kuala Lumpur, 6 Ogos – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala di antara agensi kerajaan (G2G) khususnya di dalam penyampaian dan komunikasi kerajaan, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah membuat kunjungan hormat kepada YBrs. Puan Nurini Kassim Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA di pejabat beliau pagi tadi.