MIRI,1 Julai 2019 – Sekitar lawatan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang ke Pawagam TGV & GSC di Miri, Sarawak. Lawatan ini diketua oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Tn. Hj Abd Khalid Maulod, Pengerusi Skim Wajib Tayang, En. Onn Norshal Hamzah, Presiden PFM, En. Panchacharam A/L P.Naliah, dan wakil MAFE, En. Mior Ayob. Lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan input secara langsung bagi sektor pemameran melalui komunikasi dua hala bersama wakil pawagam dan akan diteruskan di seluruh negeri Sarawak sehingga 6 Julai 2019.