berita1
#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 5 November 2025 – YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS hadir ke Majlis Pelancaran dan Tayangan Perdana drama bersiri ‘Saat Aku Tahu’ terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. yang berlangsung di TGV KLCC.
Drama bersiri 15 episod arahan Riza Baharudin ini menampilkan barisan pelakon seperti Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Anna Jobling, YBhg. Dato’ Seri Eizlan Yusof, Luqman Hafidz dan Quinneyra Alyssha. ‘Saat Aku Tahu’ bakal ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu bermula 6 November 2025.
Turut hadir YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; bersama para jemputan dan rakan media.
Jom sama-sama sokong karya tempatan. Tonton ‘Saat Aku Tahu’ di Viu mulai 6 November.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#SaatAkuTahu
@ViuMalaysia