#LensaFINAS

Hulu Kelang, 19 Mac 2023 – FINAS melalui Bahagian Pembangunan Industri telah mengadakan program tayangan filem dan apresiasi bersempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan (HSK) 2023 bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Ulu Kelang.

Filem arahan Phani Majundar, Anakku Sazali telah menjadi pilihan bagi tujuan pendidikan bual santai kali ini bersama moderator YBrs. Prof. Ts Dr. Mahadi J Murat dan panel-panel YBhg. Dato Fizz Fairuz, Pn. Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan En. Muzzamer Rahman.

Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Md Nasir bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. En. Muhammad Ar-Riyyan Bin Mohamad Roslan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, pegawai-pegawai FINAS dan tetamu jemputan.
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#HariSenimanKebangsaan
#HSK2023

seniman 1