#LensaFINAS

Program Jiwa & Kita MADANI telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Fahmi Fadzil.
Program yang diadakan di Mydin Petrajaya Kuching turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang MA63 dan Hubungan Negeri –Persekutuan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.07 Samariang.
Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan bagi menyebarluaskan pengertian dan penghayatan konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat selain pameran- pameran oleh Jabatan dan agensi- agensi seperti Pejabat Kesihatan Kuching, JaPen, FINAS, AADK, KWSP, Telekom Malaysia, MBSB Bank dan BSN.
Turut hadir YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md. Nasir Bin Ibrahim serta Ikon Industri Kreatif, Dewi Liana Seriestha, Sherie Merlis dan Hasnol Rahmat yang turut menyerikan suasana program.

#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
n3