Petaling Jaya, 10 Mac – Sekitar Majlis Jasamu Dikenang YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 10 Mac 2020. Seluruh Ahli Perbadanan dan penjawat FINAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau di atas perkhidmatan yang telah disumbangkan kepada organisasi dan industri sepanjang tempoh ini.