Hulu Kelang, 20 Februari- Sekitar majlis Malam Akreditasi anjuran Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC) di Dataran Karyawan, FINAS Hulu Kelang hari ini dihadiri YBrs. Encik Khairul Azhar (Nik) Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS yang juga berkesempatan untuk memberi penghargaan kepada para penggiat seni dan ahli terhormat MySC yang banyak berjasa di dalam industri perfileman. Turut hadir, Encik Syed Ismail Syed Ahmad, Presiden MySC, Encik Indra Che Muda, Timbalan Presiden MySC, presiden dan wakil daripada persatuan perfileman, para penggiat seni, dan rakan-rakan media.