Hulu Kelang, 21 September- YM Raja Khairul Azman Raja Abdul Karim, Pengarah Pemasaran FINAS semalam telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Pengurusan Produksi (Pertengahan) bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang. Memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, profesion dan jaringan ilmu kumpulan sasar merangkumi penggiat industri dan komuniti filem, bengkel perfileman anjuran Unit Latihan Industri FINAS dari 17-20 September ini telah dikelolakan tenaga pengajar, Puan Imillya Irwani Roslan melalui pengalamannya di sebalik penerbitan dan pengurusan produksi serta tenaga kreatif bagi produk terbitan Tayangan Unggul, Astro Shaw dan Ideate Media. Untuk bengkel ini, komponen-komponen penting seperti pengurusan kewangan dan akaun, pengurusan sumber manusia, profesionalisme dan tadbir urus di bawah skop pengurus produksi telah dikongsikan bersama para peserta.