Kuala Pilah, 23 Jun – Sekitar Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kuala Pilah yang telah diadakan di Dewan Dato’ Bahaman, Kuala Pilah sebentar tadi. Majlis turut dihadiri YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad Hj. Abdullah, Undang Luak Johol, YAB Tn. Hj. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.