Sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Dataran Gemilang Putrajaya hari ini.

Majlis keraian ini merupakan majlis tahunan KKMM bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri dan memupuk semangat perpaduan sesama rakyat.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB. Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, YBhg. Dato’ Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Ketua-ketua Pengarah jabatan dan agensi di bawah KKMM, Pengarah-pengarah bahagian jabatan dan agensi di bawah KKMM, Presiden-presiden persatuan perfileman, para artis jemputan, rakan-rakan media dan jemputan lain.