22 Julai, Hulu Kelang- Sekitar Majlis Silatulrahim Seniman Bersama Masyarakat anjuran Persatuan Seniman Malaysia yang diadakan di Dataran Karyawan Finas, Hulu Kelang. Bertujuan menjadi platform membina sinergi industri dan penyampaian maklumat secara langsung, Presidennya, Zed Zaidi percaya akan peranan persatuan sebagai jentera pembangunan industri. “Program sebegini memberi ruang bukan sahaja kepada para ahli Seniman berhimpun meraikan Syawal yang mulia tetapi turut membina integrasi di antara penggiat industri dan komuniti yang hadir” ujar Zed mengenai program yang turut prihatin memberikan sumbangan kepada penggiat industri yang memerlukan.

Turut hadir bersama-sama meraikan ialah Ketua Pengarah Finas, Dato’ Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Finas, Haji Mohd Zulkifli Ab.Wahab, pihak media dan penggiat seni.