Kuala Lumpur, 7 Disember – Selepas kejayaan filem pertama arahannya, “Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit”, Pekin Ibrahim kembali mewarnai industri filem tanah air dengan filem terbaru arahan dan lakonannya berjudul “KL Wangan”. Filem terbitan Centro Pictures ini menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto Soon, Jasmine Suraya, serta penampilan khas, pelakon aksi Indonesia, Donny Alamsyah. Filem bergenre aksi dengan tajuk ‘KL Wangan’ ini yang mengambil maksud perlumbaan kereta pada waktu malam dalam Bahasa Jepun untuk tentang keberanian, dendam dan pengkhianatan.

Turut sama hadir, YBhg. Datuk Seri Proffesor Dr. Haji Khairil Annas Jusoh dan YBhg. Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat, Ahli-ahli Perbadanan FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah FINAS, penerbit, barisan pelakon, rakan-rakan artis, karyawan dan pihak media bagi memberikan sokongan. Filem yang mendapat kerjasama penajaan rakan rasmi Volkswagen Malaysia ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Disember ini.