Shah Alam, 14 Jun-Sekitar malam anugerah FiTA Wave Short Film Awards 2019 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam yang dianjurkan dengan kerjasama antara Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, Kementerian Pendidikan Malaysia, FINAS, Jabatan Pendidikan Tinggi, Yayasan Hasanah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa). YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS turut hadir menyokong di mana FINAS melalui Program Inkubasi Karyawan Muda (FINAS Talent Incubator) turut menyediakan galakan geran produksi selain platform pembangunan bakat (mentorship) kepada karyawan berpotensi. Pada majlis itu, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) merangkul tempat pertama kategori institusi pengajian tinggi menerusi filem pendeknya Lukisan Jalanan, dan membawa pulang yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Selain itu, Kategori Sekolah Menengah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Petani, Kedah dengan karyanya bertajuk Kertas Renyuk manakala SMK Seksyen 18, Shah Alam (Yol) dipilih sebagai Anugerah Popular di mana kedua-dua sekolah menerima wang tunai RM10,000. Manakala kategori terbuka pula dimenangi oleh Sisa Binasa (Binfilem) juga membawa pulang wang tunai RM10,000.