Sekitar Gala Premier filem ‘Manhunt’ yang turut dihadiri pengarah terkenal John Woo yang kini berada di Kuala Lumpur, Malaysia mempromosikan filem ini bersama-sama pelakon utama iaitu aktres Korea, Ha Ji-won. Filem aksi thriller ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 November 2017. Turut hadir sama dalam gala premier ini ialah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, En. Zahrin Aris, Ahli Perbadanan FINAS, para jemputan dan rakan-rakan media.

Beliau juga akan mengadakan simposium eksklusif ‘John Woo: Man Behind The Camera’ di MBO cinemas, The Starling Mall, Damansara Uptown pada 16 November jam 11 pagi.

Terima kasih kepada Jazzy Pictures & Malaysia International Film Festival (MIFFEST)