Kuala Lumpur, 24 Januari – Malam Gala siri mini Nusantara premium eksklusif terbitan Astro bertajuk DO[S]A telah diadakan di GSC Pavillion, Kuala Lumpur malam tadi. Naskah karyawan hebat saudara Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo dari Indonesia bakal menemui penonton di platform digital ‘On Demand’ dan Astro GO, serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First saluran 480 bermula 14 Februari 2018.

Hasil sentuhan pengarah terbaik Festival Filem Indonesia, Ifa Ifansyah ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Dato’ M. Nasir, Asyraf Sinclair, Remy Ishak, Roy Marten, Maudy Koesnaedi dan ramai lagi.

Turut hadir pada Malam Gala ini adalah Timbalan Ketua Pengarah FINAS, YBhg Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, penggiat seni kreatif antarabangsa dan tanah air, rakan-rakan media dan jemputan lain yang turut memberi sokongan.