Hulu Kelang, 27 Mac- Program Masterclass “Acting” anjuran Bahagian Pembangunan Industri, Unit Latihan Industri FINAS bertempat di Studio Ho Ah Loke, FINAS Hulu Kelang diadakan bermula 27-31 Mac 2017. Program pembangunan ilmu lakonan buat para pelakon ini dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar, penggiat seni dan karyawan industri yang berpengalaman iaitu Puan Hajah Fauziah Nawi dan Puan Fatimah Abu Bakar yang disertai seramai 26 peserta merangkumi barisan aktor drama, filem dan teater tanahair termasuk dari Singapura dan Indonesia. Di antara yang turut menjadi peserta adalah Nadiya Nisaa, Adam Shahz, Megat Sharizal, Jay Iswazir, Lia Natalia, Fatin Afifa dan lain-lain lagi.