Di dalam aspirasi pemerkasaan industri kandungan kreatif melalui teras pembangunan modal insan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri mempelawa syarikat yang berlatar belakangkan industri kandungan kreatif dan penyedia latihan modal insan bagi menganjurkan program modal insan melibatkan komponen-komponen dalam bidang pra-produksi, produksi dan pasca produksi.

Tempoh Permohonan : 1 April sehingga 30 April 2022

Ciri Pelaksanaan Bengkel:

i) Durasi 5 – 14 hari
ii) Jumlah peserta: Minimum 20 orang hingga 50 orang
iii) Format: Secara Fizikal
iv) Bengkel hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya Oktober 2022.

Permohonan melalui sistem SPPIK iaitu laman web : http://sppik.finas.my dengan mendaftar sebagai pengguna SPPIK.
SPPIK
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Latihan Industri FINAS di talian 03-7968 2151 / 1129 / 2110 atau melalui emel di latihanperfileman@gmail.com

INFOGRAFIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MODAL INSAN (SYARIKAT)_01

INFOGRAFIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MODAL INSAN (SYARIKAT)_02

INFOGRAFIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MODAL INSAN (SYARIKAT)_03

INFOGRAFIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MODAL INSAN (SYARIKAT)_04

INFOGRAFIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MODAL INSAN (SYARIKAT)_05_v2