Kuala Lumpur, 20 September – Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) dan Persatuan ‘Hepatitis Free Malaysia’ mengumumkan kerjasama mereka dalam satu majlis yang telah diadakan di GSC Signatures, Gardens Mall Kuala Lumpur. Tayangan 20 minit sedutan filem “Orang Itu The Movie” turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai hepatitis dan kanser.

Melalui filem terbitan Garang Pictures Sdn. Bhd. ini, Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) dan Hepatitis Free Malaysia berhasrat supaya dapat mengumpulkan dana untuk mendapatkan kit percuma bagi membantu komuniti-komuniti penghidap Hepatitis yang memerlukan sokongan masyarakat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Prof Dr. Rosmawati Mohamed, Presiden Hepatitis Free Malaysia, Dr. Tan Seok Siam, Presiden Majlis Gastroenterology dan Hepatologi Malaysia, Dr. Dalilah Kamaruddin, Ketua Pusat Pemeriksaan dan Kesihatan Majlis Kanser Negara dan Low Ngai Yuen, Presiden WOMEN: girls, penggiat industri, rakan-rakan media dan jemputan.