FB_IMG_1624962388843
#LensaFINAS

FINAS menyambut baik dan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan terhadap sektor industri kreatif yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 menerusi penyediaan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO serta perolehan produk bagi tujuan produksi yang dijangka berupaya memanfaatkan lebih 8,000 orang penggiat industri kreatif tempatan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua