Kuala Lumpur, 9 Disember – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Malaysia Digital Economy Corporation Malaysia (MDEC), JASA, BERNAMA, dan pelbagai agensi kerajaan berpeluang menyertai Pameran Digital@KKMM yang berlangsung di perkarangan PWTC sejak 5 Disember lalu hingga hari ini.

Pelbagai aktiviti seperti pameran berkonsepkan E-digital, sesi kuiz dan interaktif bersama pengunjung, eksplorasi bakat seni lakonan, ceramah, dan karikatur disusun bagi memberi peluang kepada orang ramai mendekati kerajaan secara langsung. Terdahulu, YBhg. Tan Sri Dr.Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Mohd Sukari Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Japen serta pegawai kanan kementerian telah meluangkan masa melawat ke booth pameran tengahari tadi. Program pameran yang berlangsung selama 5 hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat YB Dato’ Sri Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Hj Ibrahim Abd Rahman, Ketua Pengarah JAPEN, penggiat seni muda tanah air Nabila Razali, Fezrul Khan, Erwin Dawson serta pelakon filem ‘Jibam’, Adik Muhammad Arif dan Farah Ahmad