Kuala Lumpur, 18 September – Berinspirasikan daripada kisah benar perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), filem terbitan Asia Tropical Films arahan Adrian Teh yang dibintangi Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Henley Hii, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin ini bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 27 September 2018 ini.

Malam gala filem PASKAL yang diadakan di GSC Midvalley ini telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat iaitu YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg. Dato’ Halimi Abdul Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), penerbit, pengarah dan barisan pelakon PASKAL, para karyawan industri dan pihak media