Petaling Jaya, 7 Mac- Sebuah program integrasi ilmu dan sinergi industri bersama delegasi antarabangsa seramai 52 orang telah diadakan di antara FINAS dan para pensyarah serta pelajar jurusan Digital Media, Sekolah ICT, Politeknik Brunei, Brunei Darussalam di FINAS, Petaling Jaya. Program interaktif dua hala ini meneroka peranan strategik FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem di Malaysia selain perkongsian berkaitan pembangunan ilmu dan kandungan berteraskan teknologi dan pendigitalan yang dibangunkan FINAS melalui operasi Museum of Moving Images (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage di bawah Centre of Excellence (COE). Delegasi ini turut berpeluang meninjau secara langsung proses restorasi dan pendigitalan kandungan yang telah memberi pengalaman dan informasi berkaitan kepada mereka.