Di bawah aspirasi pembangunan khazanah kandungan negara serta pembudayaan sinema di kalangan generasi progresif, FINAS terus mendukung usaha berkaitan bersama rakan-rakan strategik iaitu World Heritage Moving Image Centre, Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Yayasan Hasanah menerusi program Jelajah Apresiasi Warisan Audio Visual 2019 di sekolah-sekolah terpilih dan ruang awam di sekitar Lembah Kelang bermula Jun hingga Ogos ini.