Hulu Kelang, 23 Mac- Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dengan kerjasama dan sokongan penuh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan program sisipan, Lensa Skrin Zon 3 yang berlangsung hari ini dari jam 8.00 pagi-6.00 petang bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang.

Merangkumi komponen program pembangunan modal insan melalui bengkel lakonan oleh pengarah dan pelakon, Sabri Yunus dan ujibakat lakonan sebagai platform jaringan perkongsian bakat industri, program Lensa Skrin ini turut memberi fokus kepada pembudayaan dan apresiasi sinema melalui tayangan filem Dukun arahan Dain Said dengan penampilan tetamu jemputan, Faizal Hussein yang telah berkongsi perspektif beliau bersama khalayak. Selain daripada itu, program ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs.En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri melalui perkongsian interaktif dua hala berkaitan aspirasi FINAS di dalam aspek pemerkasaan modal insan dan pembangunan bakat baharu.