Pulau Pinang, 13 Ogos – Dalam memupuk semangat kemerdekaan di kalangan komuniti luar bandar, program ‘MyMerdeka’ anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Mydin Holdings dengan kerjasama rakan strategik seperti FINAS, RTM, JASA dan pelbagai agensi kerajaan lain diteruskan ke lokasi kedua iaitu Pusat Beli Belah Mydin Bukit Mertajam.
Program yang berlangsung meriah sejak 11 Ogos lalu telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dalam Majlis Penutup yang telah diadakan petang tadi.

FINAS sebagai rakan strategik juga mengambil peluang dengan mengadakan pameran teknologi restorasi dan pendigitalan (Mediatheque), tayangan siri kapsul, promo dan dokumentari kemerdekaan, kuiz interaktif serta program eksplorasi bakat lakonan bersama pelakon Zalif Sidek dan Abu Mamu Raja Lawak.