poster finas
Dalam aspirasi pemerkasaan kemahiran modal insan industri kandungan kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama MYNIC Berhad mengalu-alukan penggiat industri yang mempunyai produkatau perkhidmatan yang berkaitan dengan kandungan kreatif digital untuk menyertai Program Pengupayaan & Latihan Pendigitalan Komuniti Industri Kandungan Kreatif Malaysia.

Maklumat & Syarat Permohonan Penyertaan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas semasa memohon;

iii. Permohonan penyertaan adalah secara atas talian (online) melalui pautan (link) yang akan dipaparkan di poster;

iv. Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi oleh Unit Latihan Industri melalui telefon dan akan menerima Surat Tawaran;

v. Sijil penyertaan akan diserahkan kepada peserta-peserta yang telah melibatkan diri sepenuhnya di dalam bengkel yang telah dijalankan.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Latihan Industri FINAS di talian 03 – 4104 1456 / 03 – 4102 1727 / 03 – 4104 1321