Shah Alam, 21 September – Bersempena dengan Slot Potret Merdeka, Pusat Kajian dan Apresiasi Filem meneruskan Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam. Bertemakan aspirasi dan semangat kemerdekaan, program kali ini menghidangkan tayangan filem dari negara Kyrgystan berjudul “Kurmanjan Datka : Queen Of The Mountains” arahan Sadyk-Niyaz yang diterbitkan pada tahun 2014. Sebuah filem epik sejarah yang merakamkan detik-detik pengorbanan tokoh pemimpin wanita dari tahun 1811 hingga 1907 dalam memperjuangkan kemerdekaan rakyatnya.

Diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM, hadir sama adalah pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang telah berkongsi pandangan dan perspektif mereka terhadap filem ini.