#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, FINAS mempersembahkan program Retrospektif Sinema dengan tayangan eksklusif filem klasik ‘Mata Permata’ terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) pada tahun 1964 arahan Osman Haji Shamsuddin. Diadaptasi daripada cerpen ikonik ‘The Necklace’ karya penulis Perancis abad ke-19, Guy de Maupassant, filem berkisarkan konflik kekeluargaan dan kejiranan akibat harta ini dibintangi Allahyarham Tan Sri S. M Salim, Ismail Bontak, Nurlidar Saidi, Norma Salim, Abu Bakar Ahmad dan ramai lagi.

Jom tonton filem ini secara eksklusif hanya di saluran YouTube FINAS Malaysia pada malam ini, 20 Julai 2021 (Selasa) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di